Assalamualaikum. Hai readers! Dah lama wa tak bersiaran dek kesibukan kerja yang tak pernah habiss😅
Today wa nak cerita pengalaman wa sendiri macam mana wa boleh tahu wa menghidap SKOLIOSIS.
Skoliosis tu apa?
Skoliosis adalah satu penyakit di mana tulang belakang bengkok sama ada berbentuk S atau C. Sebenarnya penyakit ni adalah COMMON atau biasa lebih2 di kalangan wanita tapi disebabkan ramai yang tak cakna dengan sakit belakang yang berterusan, jadi penyakit ni tak dapat dikesan awal.
Dengan lebih tepat lagi, Skoliosis ditakrifkan sebagai keadaan di mana tulang belakang seseorang membengkok dan melengkung pada paksinya. Ia lebih kerap berlaku di kalangan wanita iaitu sebanyak 2 peratus berbanding lelaki hanya 0.5 peratus.
Skoliosis terbahagi kepada beberapa jenis termasuk:
- Idiopathic (punca tidak diketahui)
- Congenital (skoliosis berlaku sejak di dalam rahim)
- Neuromuscular (Kecacatan saraf tunjang dan otot seperti Cerebral palsy, muscular dystrophy)
- Tumour (ketumbuhan pada saraf atau tulang belakang)
- Infection (jangkitan kuman, contohnya tuberculosis)
- Metabolic (gangguan proses bahan kimia dalam badan contohnya osteoporosis, Ricket)
- Mesenchymal disorders (gangguan sel tisu badan contohnya Marfan syndrome, Ehler-Danlos syndrome)
- Traumatic (kecederaan)
- Degenerative (De Novo Scoliosis
- Infantile Idiopathic Scoliosis adalah skoliosis yang dikesan ketika bayi lahir sehingga mereka berusia 3 tahun
- Juvenile adalah skoliosis yang dikesan pada umur 3 hingga 10 tahun
- Adolescent adalah skoliosis yang dikesan pada umur 10 tahun ke atas.
Adolescent Idiopathic Scoliosis (AIS) merupakan kumpulan skoliosis yang paling kerap ditemui.
(Sumber: http://www.mmgazette.com/scoliosis-apabila-tulang-belakang-membengkok-dr-ahmad-mahyuddin/
Haaa dah tahu kan ape tu skoliosis? So ceritanya begini......
Actually wa ni memang da lama ade backpain. Kalau tak silap wa la dari sekolah menengah lagi. Masa tu memang wa tak boleh shopping or berjalan lebih dari 2 jam. So my limit adelah 2 jam saje. Zaman muda2 lagi mase tu frust sgt tau sebab tengok kawan2, orang lain shopping smpai 4-5 jam. Tp wa 2 jam dah ajak balek. Hehee. Kalau teruskan jugak, mood wa memang akan berubah jadi moody sbb belakang dah mula sakit, pinggang on dah lenguh. Selalu jugak cite kt mak yang wa sakit belakang. Tapi mak mesti akan cakap "angin tu kot", "kurang minum susu la tu kalsium pon kurang". So wa pon takde la fikir ape sbb mase tu muda lagi kann. hehe. Kadang tu mak risau jgk dia cakap "kamu ni tak kawen lagi dah sakit belakang semua, tak beranak lagi tu. Esok da beranak taktau la". Hehe. Wa pon diam jelaa. Nk kata apa kann. Memang drpd dulu lagi wa kalau backpain, ape yang buat adalah tidur and telan panadol. Lepas tidur ok la sikit. Badan dah berehat kan. Huhu
Sampai la ke satu tahap, tak silap wa bulan 2 tahun lepas, that time wa busy dengan sekolah. Pagi sekolah smpai tengah hari, petang bersambung pulak mengecat kelas. Gotong royong ramai2. Ade la 2 3 hari jugak nk mengecat. And setiap kali balek dari mengecat, mmg mendapat la backpain tuh😅
Tapi mase tu backpain mmang berbisa. Biasa sekejap pastu tido and makan panadol hilang la. Tapi yang waktu tu even tido and makan panadol pon tak jadi ape. Berbisa, tak boleh langsung berdiri lama, duduk 30 minit pon dah lenguh habis. Mungkin sbb dah lama sgt backpain pastu takde treatment so dah smpai klimaks.
Jadinya masa tu wa pegi la klinik. Doktor just pesan jangan buat kerja berat and jangan pakai kasut tinggi. Padahal wa pakai kasut takde la tinggi pon. Wedges 1 inci je. Tp ikutkan jelah. Then doktor bg painkiller. Hmmm. Wa dgn painkiller ni mmg anti sikit. Doktor bagi wa letak atas meja je. Dah terpaksa baru makan. Tak puas hati btol bila doktor cakap takde ape. Yela badan sndiri kan. Kita msti la tau ade something wrong somewhere kan. 😒
Balek rumah tu cite kt housemate. And kebetulan mase tu dia kata dia ade juai Premium Beautiful. Dia kata boleh bantu wa pnye sakit belakang. Mula2 tu wa mcm juai mahai tak mau beli sbb hrga dia. (Dah sakit pon nk sombong lagi haha) . Tapi bila backpain tu datang, baru kelam kabut nak mntk try😅. Dia pon kte free fitting. So dia pon ajar la mcm mana nk pakai.
Bila sarung je satu set tuh, magic betol. Badan rasa berangin je. Pastu rasa sedap. Taktau nk habaq mcam mana. Tp best la. Rasa mcm ade orang dok pegang badan bg jadi best. Backpain rasa berkurang. Dah pakai tu takmau buang teruih. Kira jadi teruih beli😂
Di awal2 permulaan wa pakai tu, wa taktau ade scoliosis ni. Tapi lepas sebulan pakai PBE ni wa baru tersedar yang pinggang wa tak sama. Sbb bila pakai PBE ni, wa mcam rajin plak nk belek2 shape badan sndiri. Terperasan yang pinggang wa senget sebelah. Belah kanan ke dalam,belah kiri lak macam straight je. Mase tu cuak la jugak kan. Dok tnya kawan pinggang dia mcm mana. Kot2 la normal je. Tapi dia pnya tak. Sama je dua2. Then, wa pon dok tnya la sorg akak ni. Nama dia kaknur. Dia ade slipdisc. Mase tu risau ade slipdisc. Lepas cite kt dia, dia nasihatkan pegi xray. Sebab dia kata slip disc tulang takkan bengkok. Wa pon pegi la xray. Cuak punye pasal kan. Mase nk amik result xray tuh, juru xray tu tnya wa pernah accident ke? Sbb dia kta tulang wa bengkok. Masa tu dah la p sorang, sedihnya la haii. Masuk keta dok nangis sorang2. ðŸ˜ðŸ˜ Down gila masa tuu. Ha laaa. Rasa mcm cacat pulakk walaupon nampak normal. Lepas dpt result, pegi klinik yg mula2 check tu. Dia kata mayb wa ade skoliosis. Dia terus refer pakar spine dekat Hospital Besar Kuantan. So daripda situ la, wa di diagnose ade lumbar skoliosis. After dua tiga kali appoinment and xray here and there😪, pakar suruh buat fisioterapi sbb mujur wa detect awal. Tulang wa bengkok tapi sikit je. Kalau lmbat detect, mungkin tulang akan lebih bengkok and mungkin kene operate tauu. Sbb orang yg ade skoliosis ni, tulang dia akn terus membengkok sikit2 tnpa kita sedar.
Gambar first xray. Lama wa telek gambar ni sebab tak percaya. |
Buat fisioterapi dekat Hospital Muadzam Shah. |
Jadinya tu lah ceritanya mcm mana wa boleh tahu wa ade skoliosis. Korang yang mana ade continous backpain tu, better perhatikan your posture and body. Pastu pegi la buat xray. Jangan takut lah. Kalau detect awl, insyaAllah kene buat fisio je. Tak smpai tahap kene operate lg pon.
Ok guys. Smpai sini dlu. Dah panjang berjela wa taip. Nt smbung next entri pulakk. Bye u olls!😘