Tuesday, April 12, 2016

SLIP DISC TREATMENT : PREMIUM BEAUTIFUL

Assalamualaikum.haiii

Dah lama wa tak update kan.. So harini update lah satu entry... Hehe.


Memandangkan sejak dua menjak ni selalu sgt terbaca psal slip disc. So wa nk share la sikit pasal kawan wa ni.. Nama nya Kak Nur. Dia ade slip disc dekat leher, pinggang dan belakang.


Wa yang ade sakit belakang ni je pon masyaAllah sakit nya tu menusuk kalbu, apatah lagi slip disc kan?


So asbab kawan wa ni dia lepas kene slip disc, dia dapat tahu pasal premium beautiful yang boleh bantu kurangkan sakit slip disc. And sekarang dah lebih 5 tahun dia pengguna tegar premium beautiful.


Cube u olls bace cerita yang wa amik dr FB dia sendiri... 


REAL STORY FROM THE REAL PERSON

*****************************************


Keadaan kereta kaknur masa kemalangan di jalan Endau- Rompin
 dalam perjalanan balik ke Terengganu. 

2010: Less than 10days after the car accident. Ingatkan tak ada apa2 masalah, tapi pada masa ni actually leher dah tak boleh gerak kiri dan kanan. Tapi demi gambar, ala2 pose jugak. Pada masa ni, dah start pergi mengajar kat U walaupun baru lepas eksiden, sebab ingatkan sakit leher tu biasa2 saja. But selepas berjalan dah tak balance, then dipendekkan cerita, doktor pakar tulang cakap, kak nur kena slipped disc di leher and pinggang.. Well, itu lah kekurangan kak nur yang kak nur ambil kira sebagai penguat kak nur utk makin ke depan.. Doktor cakap it is a life time effect.. Sakitnya Allah saja lah yg tahu.. Bengkak leher, 4 tahun tak boleh tidur malam.. Pendek kata, kena ubah lifestyle terus jadinya!

2016: macam tak percaya tengok diri sendiri sekarang. Tak percaya diri sendiri sebenarnye boleh nak pergi jauh ke depan jika kita sendiri mahu dan desak diri walaupun orang kata MUSTAHIL! Mula dengan pakai #premiumbeautiful sahaja. Sekarang dah masuk 5 tahun berniaga. Sihat kak nur dapat Allah beri melalui PB ni, rezeki besar dalam berniaga pun Allah beri dari PB ni.. Alhamdulillah. Jenis tak pandai berniaga, jenis tak suka cari orang or jual2, jenis tak suka la nak renyah2 ni.. Tak suka tak suka.. Tapi Allah tarik nikmat kesihatan pada masa tu, rupa2nya utk kak nur share kpd semua akan kelebihan dan nikmatnya kesihatan tu sebenarnya.. Nikmat dari segi menghargai masa muda, masa sihat, masa kurang serba serbi.. And bila dengar kata doktor LIFE TIME EFFECT, dalam kepala hanya fikir WHAT MORE CAN I DO NOW TO CHANGE EVERY SINGLE THING!!! Betol la kata pakar2 niaga kan, desak diri tu perlu, tapi kdg2 kite takot nak desak diri. Takkan nak tunggu dalam keadaan terpaksa macam kak nur dulu, eksiden, sakit, hilang duit savings, baru nak terhegeh2 mencari jalan alternatif.. Kan? Jika sekarang masih muda dan sihat walafiat, gunakan sebaik2nya.. Nak takut apa, berniaga tu rezekinya dari Dia direct.. Nak takut apa.. Berniaga sahajalah.. Lebih2 lagi berniaga macam kak nur, dibimbing sepenuhnya.. Relakan diri sahaja.. 😘


Syukur. Alhamdulillah. Aku bersyukur dengan nikmat kesihatan diberikan. Aku bersyukur dengan nikmat segala rezeki Kau berikan. Semoga kita menjadi lebih berani utk membuat keputusan yang terbaik utk diri kita! Orang lain tak perlu faham, cukup kita faham kenapa,dan berdoa kpd Dia supaya Dia sentiasa mudahkan perjalanan kita. Amin. ❤️





Slipdisc di leher. terpaksa bergantung pada cervical collar
utk pastikan pergerakan tak melebihi maksimum.

Sebelum pakai premium beautiful. Selain dapat membantu mengurangkan sakit slipdisc,
kak nur jgak dapat bentuk badan idaman wanita malaya!


credit to FB: Nur Fadzliah

*********************************************************************************


So itu la kisahnyaa.. How she survive dgn premium beautiful utk slip disc dia. Wa pon tumpang happy tengok dia makin sihat and badan pon maintain cantik... fuhh i adore her so much!!



Baru- baru ni alhamdulillah sangat sebab wa dapat jumpa dia.. kitorg ni actually kawan kat facebook je... selalu bace kisah2 dia.. so sebelum ni pernah main2 komen je la kat FB dia. Now, bukan setakat komen je.. tapi dah whatsapp2 pulak.. hehe.. mase wa jumpa dia haritu, rase happy sgt. Sebab wa dapat dengar sndiri macam mana dia pengalaman dia survive dulu... ohh so touching.. sebak jugak la wa ponn. 



So ni la dia. Wa belanja gambar mase jumpa dia haritu... She is so nice and humble walaupun kaya.. hehe



Sekian dulu entry kali ni..nanti wa sambung lagi tau!



Oh, sebelum wa lupa. bulan ni ade promosi tau untuk Premium Beautiful! Jangan lepaskan peluang u olls utk fitting dengan PERCUMA! 




Azwa 
0104635942


Loves,
Azwa

Saturday, April 9, 2016

TILAM SAKIT BELAKANG BIO VELOCITY SLEEPMATE(BVSM)

Assalamualaikum semua...haii!




Entri kali ni wa  nak share pasal tilam sakit belakang yang wa guna. Alhamdullillah kite ikhtiar, Allah yang menyembuhkan. ;)




Macam mana wa boleh jumpa tilam sakit belakang ni?



Mase ni wa pegi stokis amik tilam wa!
Punye la excited nk tidur atas tilam tu mase ni. haha


Kesahnya sebulan yang lepas, wa tiba- tiba diserang sakit belakang yang berterusan.. Maksudnya kat sini, sebelum ni sakit kejap- kejap je tapi kali ni sakit nya tak berhenti. Even nak menyapu pon ya rabbi sengal dia Allah je la tahu. Sampaikan bila makan pon rasa nk makan smbil baring. Wa sakit belakang ni sebab wa ni kurus and underweight. Pastu punggung plak mcm besar. So tak seimbang sket kt situ... Bahagian atas kecik bawah plak besar. hehehe... lepas tu jalan pon mendada.Postur badan ni la yg menyumbang kepada sakit belakang wa ni (tafsiran sendiri sebab tak g jumpa doktor) :p




Mcm wa cakap, dulu sakit kejap- kejap and wa pon selalu buat tak tahu je. Tapi makin tua ni makin kerap pulak. Dan kemuncaknya sebulan yang lalu la.. Mungkin masa tu wa terlalu penat.. dari pagi smpai ke petang kt skolah dan byk sgt pergerakan... smpai satu masa wa tak tahan sangat and pegi klinik.. mula- mula rasa malas nk pegi, tapi sebab mak suruh pegi jgk sbb dia takut effect accident dulu. and kawan pon suruh pegi check takut nt biar lama- lama x pasal- pasal kene slip disc or scoliosis plak... so bila membayangkan benda yang ngeri tu, maka wa  pon pegi la jugak... doktor takde pulak check pape.cume dia ask few questions. dia pesan jangan angkat berat- berat. jangan pakai heels. jaga postur (yang ni of course la memang fail) sebab mmg always postur salah pon. Masa jalan, masa duduk. benda tu common kot wa rasa.Mostly orang susah nk jaga postur. Last- last doktor cakap, makan painkiller je sebab tu jela ubatnye. kalau makan painkiller and still sakit, mai jumpa dia balek.. (dalam hati kata tak mau mai dahh nanti kene makan ubat lagi ;p). 




Yelaa. cuba bayangkan. sehari kene makan painkiller 2 biji bila sakit. Kalau 7 hari? dah 14 biji painkiller dalam badan. kalau sebulan? 60 BIJI painkiller.. ishh takmau la wa. Kang sebab nk hilang sakit belakang, buah pinggang pulak rosak sebab banyak sangat ubat. banyak dah tau kes macam tu jadi kat kawan- kawan wa. nasib baik boleh selamat lagi. So, wa nak cari alternatif untuk go for natural. Nak kurangkan drugs dalam badan. 




Balek rumah tu, cite la kat housemate. And kebetulan dia ade pakai tilam sakit belakang sebab period pain. tapi dia kate boleh jugak untuk sakit belakang. bila tanya harga, oh mak aiii terus macam eh taknak lahhh macam x mampu je.. Lepastu dia cakap, boleh bayar ansuran...ape lagi wa terus la beli...sebab tilam ni NIPIS, RINGAN, ANTIBAKTERIA and LEMBUT. SENANG nak bawak p mana- mana.  



Tilam dah sedia untuk digunakan. hehehe..
tengok la tu.. kecik je pon... ringan pulak tu.. memang mudah sangat nk bwk pegi mana2. 


Dalam 5 minit pertama baring atas tilam tu tau x rasa macam mana? Bestnya ya Allahh... Macam diurut- urut oleh kerusi urut gituu haa.. Wa plak rase mcm eh magic nyaaa.. tp wa tidur je laa.  Jadinya malam tu tidur dengan tilam sakit belakang ni...esok bangun alhamdulillah rasa BERTENAGA  sangat. SAKIT BELAKANG pon hilang. Pegi sekolah mulut asyik sengih je macam kerang busuk. hehe




Ade lagi tau yang wa pakai utk sakit belakang ni.. Yang tu wa taip kat new entry ye! stay tuned!




Azwa
0104635942


Loves, 
Azwa

Sunday, January 31, 2016

Punca- punca Back Pain atau Sakit Belakang

Assalamualaikum.


Hai semua.... :)



Last entry wa ade bgtau yg wa mengalami backpain almost seminggu kan? So tadi lepas habis kelas saje2 google kejap pasal punca backpain ni.. 


Daripada apa yang wa baca, backpain ni adalah merupakan masalah kedua tertinggi dalam masalah neurologikal atau sistem saraf. Ia menunjukkan ada la tu yang tak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecari badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.   (Sumber dari Pakar bedah Tulang Belakang, Dr Siow Yew Siong). 

                                                  



FAKTOR PENYUMBANG SAKIT BELAKANG ATAU BACKPAIN 

1)Kedudukan atau postur badan yang tidak betul 

2) Melakukan aktiviti di luar kebiasaan 

3) Mengamalkan gaya hidup tidak aktif. 

4) Terlalu banyak rehat sebab badan manusia dicipta untuk bergerak aktif, bukan berehat santai sepanjang masa. 

5) Duduk terlalu lama dengan postur yang salah. 



Dalam kes wa ni, wa rase faktor yang membuatkan ticer sakit belakang adalah faktor 1,3,5 kot..  :p



Disebabkan wa ni kurus sangat, so wa tend to duduk membongkok. Tapi rasanya bab duduk membongkok ni ramai kot yang buat. hehe.  Dah la duduk membongkok, lepastu lama pulak. yela wa ni kalau da buat kerja mmg tak ingat dunia. haha

Secondly, mengamalkan gaya hidup tidak aktif. Yupp! Yang ni memang kene sangat la.. wa memang seorang yang sangat pemalas nak exercise, jogging and whatsoever. Asyik tidur je. balik keje penat tidur. Bukan nak pergi bersenam. 



And faktor lain yang mungkin buat wa sakit belakang lately ni adalah sebab wa selalu angkat berat. Rumah tingkat tiga so hari- hari naik tangga sambil galas beg laptop. Tu tak termasuk lagi kalau ada bawak balek apa- apa dari sekolah. Sebab wa tak larat nk ulang naik turun tangga banyak kali, jadinya angkat semua sekali redah je. huhu



 TIPS RAWATAN BACKPAIN SECARA TRADISIONAL DI RUMAH.


1) Tuam dengan ais atau benda sejuk di bahagian yang sakit untuk selama 15 minit. Kalau takde effect, , balut botol air panas dengan tuala dan tuamkan ke bahagian yang sakit. Jangan menggunakan haba pada hari pertama anda terseliuh atau tegang otot

2) Berehat di atas tilam yang padat dan agak keras yang diletak di atas lantai untuk selama 24 jam. Baring mendatar dengan meletakkan lutut di atas bantal supaya belakang badan rata dengan tilam. 

3) Jangan mengangkat barang yang berat dan elak daripada duduk, membongkok dan memandu terlalu lama

4) Dapatkan nasihat daripada mereka yang terlatih dalam bidang penjagaan belakang mengenai senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.



Kesimpulan kat sini nak elakkan daripada berlakunya backpain ni wa kene ubat tabiat wa yakni duduk tegak dengan postur yang betul, jangan angkat berat and rajinkan diri exercise. hehe.. U olls jangan ikut perangai wa ni. Bahaya tau sakit belakang ni. Boleh menyumbang ke arah penyakit lebih serius.  Yang penting sekali, kene rajin minum susu supaya tulang kuat dan sihat! 



Sekian utk entri ni. Utk next entri, wa akan bgtahu apa yang ticer buat untuk hilangkan backpain ni okeh!


Loves, 
Azwa

Pain killer vs The Power of 'Magic Cloth'




Assalamualaikumm. 

Hai semuaa..


Harini wa free sikit so seperti dijanjikan wa nk bgtaw ape yg wa buat utk hilangkan back pain wa ni. 



First of all, hari Khamis minggu lepas wa terpaksa pegi klinik sebab rasa back pain yang getting worse. Sakit dia xde la macam sakit actually tapi lenguh- lenguh sampai rasa tak selesa sangat. Jalan pon rasa nak tunduk je, nak tulis kat whiteboard pon rasa arghhhh malas nyeee.. and tak tahu punca nya apaa! and wa feels so stress! Disebabkan haritu ' magic cloth' wa punye dibasuh and tak kering, jadi wa terpaksa pegi klinik consult doktor .tengok apa dia cakap. and seperti dijangka pain killer la jawapannya. tapi tak nak lah wa dok bergantung kt pain killer nieyh..rosak buah pinggang nt. huhuhu


                                                      


Pastu doktor cakap wa tak boleh buat keje berat- berat. How doktor? How?? Wa ni duduk tingkat tiga, hari- hari naik turun bawak beg laptop kt belakang, pastu dengan buku itu ini smpai tak cukup tangan.  So, more or less badan wa memang terbeban. Sakit bahu, sakit belakang, pinggang habih oiii...wa bukannya ade husband lagi nk suruh tolong bawak itu ini kan. so kene berdikari lahhhh. sadis sunggguh! >_____< 



Lepas balik daripada klinik, wa telan la sebijik pain killer tuh disebabkan tak tahan sangat dengan back pain that day. 'Magic cloth' pon tak kering lagi sebab cuaca not so good...




On Friday, 'magic cloth' da kering and wa ape lagi sarung lah benda tu cecepat.... pain killer tu simpan tepi kot-kot nak guna masa emergency kan. hehehe. Bila pakai magic cloth tu, rasa cergas sungguh. badan rasa tegak je. backpain pon hilang. nak berdiri lama- lama ke, duduk lama- lama ke rasa biasa je. tak rasa langsung back pain nye haaa! and wa sangat- sangat lah happy... 'magic cloth' ni memang sangat- sangat membantu wa tau!



Haaaa,korang mesti tertanya- tanya kan apa dia 'magic cloth ni'? jeng jeng jengg.. yang tu nanti wa update kat next entry...cuma 'magic cloth' ni memang agak mahal and berkira- kira jugak lah masa wa nak beli. tapiiiii... sebab doktor ada bagitau jugak yang backpain ni bahaya sampai boleh kena slip disc. wa pon ape lagi... beli jela terus.. tak nak lah nanti sebab sayangkan duit yang sikit ni nanti kene kluarkan duit yang lebih banyak utk rawatan. paham kan maksud wa?





Loves, 
Azwa



Tuesday, January 26, 2016

Direction.....



assalamualaikum.

hai semua!

entri pendek.


harini ticer rasa malas tak tahu la kenapa. takde mood semua. mungkin hujan mempengaruhi mood ticer kot. hoho. so today ticer got lots of work. nak kene key in data murid dalam apdm. nasib baik ade free kejap td boleh buat. meja tak payah cakap la dia pnye selerak. hehe






sebenarnyaa ticer just nk cerita psal lesson kt year 2 td. Ajar topik direction. so memandangkan murid tahun 2 ni 20 orang je, ticer decide nk bawak diorang pusing sekolah. but diorang kene janji yang diorang akan ikut arahan ticer. kalau tak ikut, terus balik kelas, haa ugut sikit gituwww. hehee


at first ticer ajar dulu direction macam go straight, turn right, turn left, stop, u-turn. bila diorang dah faham, baru ticer suruh diorang beratur kat luar. alhamdulillah the lesson went well walaupon ade la dua tiga orang budak laki yang nakal tak ingat dunia. sabo jela ticer pon. ticer bawak diorang pusing melawat kantin, field, staffroom, computer lab, classroom, office and klinik. jadi la tuuu sikit2 kan. daripada belajar banyak2 tapi semua tak ingt. haaa lupa plak nk cakap. masa dah sampai kat satu2 tempat tuh ticer suruh diorang stop and asks what is the place on their right/ left. pastu suruh diorang spell perkataan tuh. rasa seronok pulak bila most of them boley eja dengan betol. ticer lupa plak nk amik gambar td. sebuk dok handle budak yang jenis tak diam. 



ok la entri ni pendek je tak leh taip banyak2. hahaa. kbai! 

#jangankecamsaya 

Sunday, January 24, 2016

Hati Sayu Ibarat Mendungnya Cuaca...

Assalamualaikum..



Good afternoon semua. 


Ticer baru je habis kelas ni. taip blog kejap lahhh. sblm kelas mula balek 12.10 kjap lg. hehe


Pagi ni mendung je, hujan malam td rupenye. and tak semena2 mood ticer pon jadi tak brapa nk ade. monday blues kot. dengan perasaan risau sebab badan asyik rasa kurang sihat. bercampur- baur. so, cerite nye mcm ni.  pagi td mase assembly ade sorg budak asli hidungnya berdarah and tak tahu la kenapa tetibe plak ticer jadi macam touching mcm dia tu anak ticer. hahaha. hampir menitik jgk la ayaq mata ni. padahal xde kaitan pon. mungkin demam or mungkin ada la kot adat2 diorang buat semalam. hehehe.



and untuk pengetahuan semua, i had a backpain since Thursday.sebab haritu aktiviti full dr pagi sampai petang. so, masuk harini dah 5 hari sakitnye.. xcukup rest? hemm. bila tido, ok lah. x sakit. but then, bila galas beg laptop ke, bwk anything in my hand, terasa sakit balek. n sakitnye macam menyucuk kadang2, rasa mcm lenguh kadang2. like seriously i cant sit in a long time. nk buat lesson note pon kdg2 terberhenti kejap2 sbb lenguh. sangat uncomfortable sebab tak boleh duduk lama- lama.. should i go to see doctor? ticer pikir kang doktor ckp ticer mngade2 taik kuda pulak sakit sikit pon nk jmpa doktor kan. hahaha. ticer selalu fikir macam tu sbb slalu sgt kalau ticer pegi klinik doktor buat muka pelik dia.  so ticer decide petang ni ticer nk pegi tgk spa dkt keratong 4 ni. haritu ada kawan cakap buat massage dekat situ best.survey harga dulu. kalau mampu, pegi la mengurut kejap. kalau xmmpu, p klinik trus laaa jawabnya. pedulikan la doktor tu nk ckp apa kan. hehehe. 




ok lahh.ticer da lambat nk pg kelas. nanti ticer update lagi hokeh! nanti ticer share pulak kenapa ticer dpt backpain ni hasil dari carian encik google and makcik2 mengurut tu nanti.. stay tune!

Welcome to My New Blog!

Assalamualaikum..



Hai uolllss! 




Cikwawa kembali dgn blog baru..


Lets start with the introduction of myself. My name is Nur Azwa n i am a teacher. Freshly graduated from IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan.  dah almost 1 year dah la mengajar. I got posted in Keratong 7, Muadzam Shah. Sy ajar english so i will called myself as teacher/ ticer la eh dlm blog ni.  Walaupun pada mulanya terkejut sbb dapat kt sini, but after quite some time, I manage to adapt. seronok jugak hidup dalam felda ni. tiada jame, tiada tol, makanan pon xmahal sgt. hehe. heaven tau. 
gambar ni masa konvo last year. 


sambutan hari guru pertama last year. hehe




Ticer dulu pernah ade blog, tapi untuk suka- suka je lah. luahan perasaan zaman remaja. lepastu terus terkubur dek kesibukan study dengan assignment yang tak cukup tangan minta disiapkan. huhu.




So now, ticer kembali sbg seorang pendidik, no more as student. no more gedik- gedik mengada- ngada gaya xmatang. cara penulisan dlm blog mungkin lebih serius. maksud ticer takde lah fancy2 mcm budak2 tuh kan. 




Erm. mungkin tertubuhnya blog ni sebagai hadiah kpd diri sendiri kerana bakal menyambut ulangtahun pertama sebagai guru pada 29hb Januari ni. pejam celik sekejap je kan masa berlalu. hehe




So, as this is my first entry, let me told u what is this blog about. 

dalam blog ni, insyaAllah ticer akan story tentang kehidupan ticer sebagai guru. it means pahit jerih dlm mendidik, telatah2 anak murid yang mungkin lucu, mungkin jgk mengundang kesabaran yang sangat tinggi, stress dgn bebanan kerja dan juga tentang sambutan2 di sekolah yg boleh diabadikan sebagai kenangan.  dan mungkin juga diselitkan tentang keluarga ticer, impian2 ticer yang belom terlaksana, my hope and everything that i feel free to share. 

Stay tune untuk my next entri okeh!