Assalamualaikum.
Hai semua.... :)
Last entry wa ade bgtau yg wa mengalami backpain almost seminggu kan? So tadi lepas habis kelas saje2 google kejap pasal punca backpain ni..
Daripada apa yang wa baca, backpain ni adalah merupakan masalah kedua tertinggi dalam masalah neurologikal atau sistem saraf. Ia menunjukkan ada la tu yang tak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecari badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna. (Sumber dari Pakar bedah Tulang Belakang, Dr Siow Yew Siong).
FAKTOR PENYUMBANG SAKIT BELAKANG ATAU BACKPAIN
1)Kedudukan atau postur badan yang tidak betul
2) Melakukan aktiviti di luar kebiasaan
3) Mengamalkan gaya hidup tidak aktif.
4) Terlalu banyak rehat sebab badan manusia dicipta untuk bergerak aktif, bukan berehat santai sepanjang masa.
5) Duduk terlalu lama dengan postur yang salah.
Dalam kes wa ni, wa rase faktor yang membuatkan ticer sakit belakang adalah faktor 1,3,5 kot.. :p
Disebabkan wa ni kurus sangat, so wa tend to duduk membongkok. Tapi rasanya bab duduk membongkok ni ramai kot yang buat. hehe. Dah la duduk membongkok, lepastu lama pulak. yela wa ni kalau da buat kerja mmg tak ingat dunia. haha
Secondly, mengamalkan gaya hidup tidak aktif. Yupp! Yang ni memang kene sangat la.. wa memang seorang yang sangat pemalas nak exercise, jogging and whatsoever. Asyik tidur je. balik keje penat tidur. Bukan nak pergi bersenam.
And faktor lain yang mungkin buat wa sakit belakang lately ni adalah sebab wa selalu angkat berat. Rumah tingkat tiga so hari- hari naik tangga sambil galas beg laptop. Tu tak termasuk lagi kalau ada bawak balek apa- apa dari sekolah. Sebab wa tak larat nk ulang naik turun tangga banyak kali, jadinya angkat semua sekali redah je. huhu
TIPS RAWATAN BACKPAIN SECARA TRADISIONAL DI RUMAH.
1) Tuam dengan ais atau benda sejuk di bahagian yang sakit untuk selama 15 minit. Kalau takde effect, , balut botol air panas dengan tuala dan tuamkan ke bahagian yang sakit. Jangan menggunakan haba pada hari pertama anda terseliuh atau tegang otot
2) Berehat di atas tilam yang padat dan agak keras yang diletak di atas lantai untuk selama 24 jam. Baring mendatar dengan meletakkan lutut di atas bantal supaya belakang badan rata dengan tilam.
3) Jangan mengangkat barang yang berat dan elak daripada duduk, membongkok dan memandu terlalu lama
4) Dapatkan nasihat daripada mereka yang terlatih dalam bidang penjagaan belakang mengenai senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.
Kesimpulan kat sini nak elakkan daripada berlakunya backpain ni wa kene ubat tabiat wa yakni duduk tegak dengan postur yang betul, jangan angkat berat and rajinkan diri exercise. hehe.. U olls jangan ikut perangai wa ni. Bahaya tau sakit belakang ni. Boleh menyumbang ke arah penyakit lebih serius. Yang penting sekali, kene rajin minum susu supaya tulang kuat dan sihat!
Sekian utk entri ni. Utk next entri, wa akan bgtahu apa yang ticer buat untuk hilangkan backpain ni okeh!
Loves,
Azwa
No comments:
Post a Comment